Pemilihan 'Satu Anggota Satu Undi' Hasilkan Pimpinan Berkaliber, Hapuskan Politik Wang

PETALING JAYA 10 Dis - Keputusan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) untuk melaksanakan sistem 'satu anggota satu undi' dalam Pemilihan 2010 adalah langkah yang tepat yang telah menghasilkan barisan pimpinan yang berkualiti serta mengurangkan risiko berleluasanya buadaya politik wang seperti parti politik lain di negara ini.

Demi membuktikan KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan sisten tersebut diteruskan walaupun berdepan dengan persaingan yang berpanjangan untuk merebut pelbagai jawatan dalam parti.Pengarah Komunikasi KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad berkata parti mengambil risiko ini sekarang meskipun wujud kemungkinan persepsi negatif pengundi selepas kempen serangan Umno-BN untuk memanipulasi pemilihan.

"Sebelum in, KEADILAN telah membuat satu lagi keputusan berani. Pada tahun 1999, konsep parti pelbagai kaum yang benar-benar mewakili semua rakyat Malaysia dilihat berisiko, namun KEADILAN tetap istiqamah dan pendekatan ini menyumbang kepada kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan pembentukan Pakatan Rakyat.

"Keputusan melalui proses pemilihan langsung telah terbukti keputusan yang baik apabila lebih ramai pimpinan wanita dan muda mendapat tempat di peringkat nasional dan cabang seluruh negara. "Kami yakin dengan kematangan rakyat dan KEADILAN mempunyai kebolehan untuk bertindak berdasarkan kematangan ini," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalselidik yang baru dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM yang menyatakan terdapat kesan negatif hasil daripada proses pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini."Sebenarnya hasil kajian soalselidik itu yang dijalankan menjelang pemilihan parti telah dibentangkan kepada pimpinan KEADILAN beberapa minggu sebelum disampaikan kepada media.

"KEADILAN merupakan parti yang memimpin budaya politik baru di Malaysia. "Kekuatan KEADILAN datangnya daripada rakyat dan kami akan terus berusaha untuk terus memantapkan KEADILAN agar rakyat Malaysia mendapat parti politik yang terbaik.

Justeru kami mengalu-alukan sebarang kritikan membina dan pandangan dengan hati yang terbuka. "KEADILAN akan memulakan siri kempen di peringkat nasional untuk kembali menengahkan keadilan sosial dan permasalahan rakyat dalam wacana politik Malaysia," jelas beliau lagi.

Sumber : SuaraKeaDilan

Ulasan