December 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Dis — Pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang kontroversial menyertai Radio Free Sarawak sebagai penyumbang tetap — stesen yang mula beroperasi sejak pertengahan bulan lalu sebagai saluran siaran bukan kerajaan.
“Radio Free Sarawak bangga untuk mengumumkan bahawa blogger Raja Petra Kamarudin telah menyertai program radio ini sebagai penyumbang tetap,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini.
Bagaimanapun ia tidak menyebut bila beliau memulakan sumbangan kepada radio itu.
Menurut kenyataan itu, Raja Petra (gambar) akan menyediakan komen harian kepada radio itu dengan memfokus pada isu-isu menyentuh negeri Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya.
Kenyataan itu juga menambah, editornya menyifatkan Raja Petra sebagai seorang personaliti yang “menghiburkan, provokatif dan agar unik”.
“Raja Petra merupakan seseorang yang anda boleh mendengar untuk satu tempoh yang agak lama, bukan hanya kerana dia menghiburkan dan menarik (untuk diikuti), tetapi pandangan diiringi dengan (bahan berdasarkan) penyelidikan, pengetahuan dan kewartawaan berfakta. Apabila anda mendengar Raja Petra, anda akan mempelajari sesuatu,” katanya lagi.
Radio Free Sarawak merupan stesen radio bukan kerajaan yang menyediakan siaran setiap hari antara pukul 6.30 hingga 7.30 petang pada gelombang 7590kHz dan dari 6 hingga 7 petang pada 15420 kHz.
Radio Free Sarawak memulakan siarannya pertengahan bulan lalu. Ia membawa rancangan berita, ehwal semasa dan komentar.
Difahamkan kandungan program itu akan diterbitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan pemimpin masyarakat setempat di Sarawak dan dihantar ke London untuk dipancarkan.
Raja Petra mula bebas selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 November lalu membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan penulis blog itu daripada tahanan dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua tahun lalu.
Pada 7 November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada tahanan ISA selepas memutuskan bahawa penahanannya selama dua tahun di kem tahanan Kamunting di Taiping adalah menyalahi undang-undang.
Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara dan perintah untuk menahannya mengikut ISA dikeluarkan pada 22 September 2008.
Raja Petra ditahan berdasarkan antara lain, memiliki dan menjalankan laman web Malaysia Today dan dengan niat dan menerbitkan artikelnya dan juga komen-komen pembaca Malaysia Today dengan sewenang-wenangnya, yang menghina orang Islam, kesucian Islam dan peribadi Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau memfailkan satu permohonan habeas corpus menuntut pembebasannya. Dalam permohonannya, dia menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.
Raja Petra juga telah dibebaskan oleh mahkamah berhubung tuduhan hasutan tahun lalu.
TheMalaysiaInsider

Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..