"Tuanku Sultan Selangor telah pun bersetuju tentang usaha mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor

SHAH ALAM 8 DIS: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyifatkan akhbar utusan daif pengetahuan ekoran satu kenyataan akhbar tersebut yang berbunyi 'Menteri Besar Khalid Takut dengan Sultankah?'

Bercakap di sidang media selepas mensyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini, Khalid memberitahu kenyataan itu satu tohmahan yang berbau fitnah.
"Untuk maklumat rakyat setiap hari Rabu sebelum mesyuarat Exco, saya akan berjumpa mengadap Sultan Selangor dan tohmahan seumpama itu boleh dikatakan sebagai satu fitnah," katanya.

Menyedari kenyataan seperti demikian di dada akhbar mampu merosakkan kefahaman rakyat tentang tujuan sebenar usaha sebenarnya, Khalid menjelaskan tindakkan Kerajaan Negeri mengadap Yang Di-pertuan Agong untuk menyerahkan memorandum kembalikan Hak Air kepada Rakyat Selangor adalah kerana Yang Di-pertuan Agong adalah Ketua negara yang menjadi payung kepada Pelembagaan dan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen ialah Yang Di-Pertuan Agong.

"Tuanku Sultan Selangor telah pun bersetuju tentang usaha mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Oleh sebab itulah saya berjumpa dengan Yang Di-pertuan Agong," kata Khalid.
Ahad lalu Khalid bersama kira-kira 15 ribu warga Selangor dan Kuala Lumpur berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong.

TVSNEWS

Ulasan