Azmin dilantik pengarah pilihan raya PKR, Jui Meng antara naib presiden

December 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Datuk Seri Chua Jui Meng merupakan antara tiga naib presiden lantikan diumumkan oleh Parti Keadilan Nasional (PKR) hari ini susulan pemilihan parti itu bulan lalu.

Dua lagi naib presiden lantikan ialah peguam dan aktivis N Surendran dan Baru Bian yang kini merupakan Pengerusi PKR Sarawak.

Sementara parti mengekalkan Saifuddin Nasution Ismail sebagai setiausaha agung dua calon pemimpin pusat baru-baru ini, yang mempertikaikan proses pemilihan langsung julung kali diadakan — Badrul Hisham Shaharin dan Mustaffa Kamil Ayub juga diberikan jawatan lantikan.

Badrul dilantik sebagai timbalan setiausaha agung manakala Mustaffa sebagai anggota Biro Politik PKR.

Turut dilantik sebagai timbalan setiausaha agung ialah T Kumar, Steven Chong dan Darrel Iking.

Dr Mohd Nur Manuty pula dilantik sebagai ketua penerangan manakala pembantu Anwar Rafizi Ramli pula dilantik sebagai pengarah strategi.

Turut dilantik menganggotai Biro Politik ialah bekas timbalan presiden Dr Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Xavier Jayakumar, R Sivarasa dan Tan Eee Que.TheMalaysiaInsider

Ulasan